Press Release




ASIANA-00051
Press Release
Uploaded by
System Admin
12 Nov, 2016 20:23
 

Copyright Notice:
2025 All Sports Images And News Agency
Credit:
Asiana.my


       
Headline:
Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia
Captions:
KENYATAAN MEDIA PFAM MENGENAI ANUGERAH PEMAIN TERBAIK BULANAN LIGA SUPER PFAM – asiana.my BULAN OGOS 2016 Pemain pasukan Kedah FA, Baddrol Bakthiar dipilih sebagai penerima anugerah pemain terbaik bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi bulan Ogos 2016. Hadir bersama Timbalan Presiden PFAM Rezal Zambery Yahya, Exco PFAM Rudie Ramli, CEO PFAM, Izham Ismail dan wakil dari Asiana.my Khairil Ajhar Jaafar. Bagi Baddrol Bakhtiar, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang mengundi beliau sebagai pemain terbaik bulan Ogos. "Kemenangan ini bukan hanya milik saya, ia juga milik rakan-rakan seperjuangan di padang yang bersama-sama berusaha bersama saya" "Secara tidak langsung, hal ini akan memberikan motivasi dalaman kepada saya untuk pergi lebih jauh selepas ini dan pastinya aksi final TM Piala Malaysia menjadi misi utama kami" tambah Baddrol. Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my ini dikelolakan oleh Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my) dan MVP Sports Agency sebagai rakan penaja utama . Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bolasepak profesional daripada PFAM. Sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih PFAM - Asiana.my yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia. Baddrol menerima undian tertinggi sebanyak 41.98% mengalahkan empat calon lain iaitu Jorge Pereyra Diaz (JDT - 33.40%), Wan Zack Haikal (Kelantan - 10.36%), Hafizul Hakim (Perak - 10.03%) dan Adam Nor Azlin - (Selangor - 4.22%) Beliau menerima hadiah plak, wang tunai RM1,500 sumbangan MVP Sports Agency dan gambar beserta bingkai pemain sumbangan Asiana.my Para pengundi boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser) melalui laman web rasm
Keywords:
Press Releases,
Size:
3,974x2,896 px - 8.81 MB
Make:


All the images seen on this site are copyright All Sports Images And News Agency @ Asiana.my.
All rights reserved. No images may be reproduced without prior permission.